Klik untuk melihat video
"Akan bertambah saja di belahan bumi manapun orang yg
akan mengucapkan dua kalimat syahadat"
Dibawah ini di jelaskan mengenai sejarah islam di jepang :
Islam berkembang di Jepang pada tahun 1877 ketika Perang
Dunia Kedua melalui hubungan diplomatik negara tersebut dengan Turki. -
Penduduk negara tersebut menganggap Islam sebagai salah satu ajaran agama yang
dianuti oleh penduduk di Dunia Barat. - Pada masa yang sama, kisah tentang
kehidupan Nabi Muhammad S.A.W dan agama Islam telah mulai diterjemahkan ke
dalam bahasa Jepang - Tindakan ini telah membantu Islam mendapat tempat di
kalangan penduduk Jepang walaupun hanya sebagai ilmu pengetahuan dan sejarah
kebudayaan dunia. - Menurut satu sumber, kini terdapat lebih dari 40 buah
masjid dan 100 orgnisasi Islam di seluruh Jepang.
MENGAPA ISLAM MUDAH TERSEBAR DI JEPANG?
- Masyarakat Jepang moden kini tidak lagi mementingkan
ajaran agama dalam kehidupan seharian. - Mayoritas rakyat Jepang beragama
Syinto dan Buddha (atau menganut kedua-dua agama tersebut). - Terdapat juga
rakyat Jepang yang menganut ajaran Kristen - Kini, hampir kesemua rakyat Jepang
lemah dalam ilmu keagamaan kerana gaya hidup moden mereka yang mementingkan
kehidupan di dunia. -Akibatnya, ramai masyarakat Jepang berasa hati mereka
kosong dan seperti mencari ‘sesuatu’ dalam hidup mereka. - Kedatangan Islam ke
Jepang telah mengisi kekosongan hati ramai rakyat Jepang dan melengkapi hidup
mereka dengan memeluk Islam dengan hati yang terbuka.
BAGAIMANA ISLAM TERSEBAR DI JEPANG?
Islam tersebar di Jepang melalui 2 cara iaitu:- 1)
Perkahwinan – terdapat ramai warga asing beragama Islam di Jepang (khususnya
lelaki) telah mengahwini wanita tempatan dan mendorong wanita-wanita tersebut
memeluk Islam. 2) Dakwah - warga asing beragama Islam yang sudah menetap di
Jepang telah melakukan berbagai aktivitas dakwah dalam usaha untuk menyebarkan
ajaran Islam di sana.
SIAPAKAH ORANG JEPANG PERTAMA YANG MEMELUK ISLAM?
Sehingga kini tidak diketahui siapakah warga Jepang
yang pertama sekali memeluk Islam. Namun, hasil kajian menunjukkan terdapat
tiga orang warga Jepang yang dikenal pasti sebagai warga Jepang terawal yang
memeluk Islam. 1. Warga Jepun Muslim pertama yang pernah dicatat adalah
Mitsutaro Takaoka. Beliau telah memeluk Islam pada tahun 1909 dan mengganti
namanya kepada Omar Yamaoka selepas menunaikan haji di Kota Mekah. 2. Pada masa
yang sama, seorang rakyat Jepang iaitu Bunpachiro Ariga telah pergi ke India
untuk bertugas. Melalui dakwah dari penduduk Islam di sana, beliau telah
memeluk Islam dan megganti namanya kepada Ahmad Ariga. 3. Walau bagaimanapun,
kajian terbaru mendapati terdapat seorang lagi rakyat Jepang yang
berkemungkinan merupakan warga Jepang Muslim pertama iaitu Torajiro Yamada.
Beliau yang mengunjungi negara Turki kerana bersimpati dengan mangsa korban
‘tragedi kapal karam Ertugrul’ telah memeluk Islam di sana. Beliau mengambil
nama Abdul Khalil dan dikatakan telah menunaikan haji di Kota Mekah.
BERAPAKAH JUMLAH PENDUDUK ISLAM DI JEPANG?
Sehingga kini, jumlah tepat penduduk Islam di Jepang masih
tidak diketahui. Namun begitu, terdapat beberapa sumber yang mengatakan jumlah
penduduk Islam di sana adalah sekitar 100,000-1,260,000 orang. Majoritas
daripada mereka merupakan rakyat Jepang berketurunan bukan Jepang- kumpulan
pendatang yang terdiri dari golongan pekerja atau pelajar yang menetap di
Jepang dan sudah mendapat status warga negara tetap. 1) Menurut web akhbar
Japan Times tahun 1997 pernah melaporkan terdapat kira-kira 100,000-150,000
warganegara Jepang yang beragama Islam dan mayoritas mereka merupakan keturunan
pendatang dari negara-negara Islam yang sudah mendapat status warganegara tetap
Jepun. 2) Menurut hasil kajian terbaru “An analysis of the World Muslim
population by Country / Region” dari kira-kira 1% atau *1,254,497 orang rakyat
Jepang beragama Islam. Dalam jumlah tersebut, rakyat Jepang berketurunan bukan
Jepang dari negara-negara Islam merupakan kumpulan mayoritas. 3) Dari pula
menunjukkan bahawa daripada jumlah keseluruhan penduduk Tokyo yang sejumlah
126,000,000 orang, kira-kira lebih dari 200,000 orang penduduknya adalah
beragama Islam. *Jumlah 1,254,497 orang warganegara Jepang-Muslim adalah satu
jumlah yang dianggap terlalu besar bagi sesetengah pihak dan dikatakan tidak
tepat.
SEJARAH KEDATANGAN KUMPULAN PENDATANG ISLAM KE JEPANG
- Kebanyakan orang Islam di Jepang
merupakan pendatang dari negara-negara Islam seperti Indonesia, Malaysia,
Bangladesh, Pakistan & Iran. - Mereka datang dan menetap di Jepun pada
akhir tahun 1980an iaitu ketika Jepang sedang mengalami kemerosotan ekonomi yang
teruk. - Ini mendorong ramai pemilik kilang di Jepang untuk mendapatkan kerahan
tenaga dari kalangan warga asing. - Jumlah pekerja Islam ke Jepang pada awalnya
adalah sangat kecil tetapi setelah itu, jumlah mereka meningkat secara drastis
sebanyak 10 kali lipat. - Setelah 3 tahun kedatangan mereka ke Jepang,
masjid-masjid telah dibangun dengan banyaknya dalam & sekitar Bandar Raya
Tokyo. - Setelah lama menetap di Jepang, ramai di kalangan warganegara Jepang
Muslim dari keturunan pendatang telah mula mengadaptasikan gaya hidup
masyarakat Jepang dan bahasa Jepang dijadikan sebagai bahasa pergaulan
seharian. - Kini, ramai di antara mereka (golongan lelaki) yang telah menikah
dengan wanita tempatan Jepang & menjadi warganegara tetap Jepang. - Mereka
tidak lagi dianggap sebagai pendatang asing di mata rakyat Jepun yang lainnya
dan secara perlahan-lahan mereka diterima menjadi sebahagian masyarakat Jepun.
- Menurut kajian terbaru, bangsa Melayu merupakan komuniti pendatang Islam
terbesar di Jepun. Orang-orang Melayu di sana berketurunan
Malaysia-Indonesia-Singapura dan mereka hidup sebagai sebuah komuniti kerana
adanya persamaan bahasa, budaya dan adat walaupun berlainan negara. Kedatangan
pendatang Islam ke Jepun telah mempengaruhi jumlah penduduk Islam di negara
matahari terbit itu. Meskipun majoriti penduduk Islam di Jepun adalah keturunan
pendatang Islam tetapi terdapat peningkatan dari segi pengIslaman penduduk asal
Jepun itu sendiri.